Kerjaya antarabangsa Gennaro_Gattuso

Gattuso telah beraksi untuk pasukan kebangsaan Itali dalam 73 perlawanan antarabangsa dan mewakili pasukannya ke Sukan Olimpik 2000, Piala Dunia 2002, Euro 2004, Piala Dunia 2006, Euro 2008, Piala Konfederasi FIFA 2009 dan Piala Dunia 2010.[19] Beliau melakukan kemunculan sulungnya untuk pasukan Itali di bawah pengurus Dino Zoff ketika berusia 22 tahun dalam satu perlawanan persaahabatan menentang Sweden pada 23 Februari 2000 yang berkesudahan Itali menang 1-0. Beliau seterusnya menjaringkan gol antarabangsa pertamanya ketika di bawah kendalian Giovanni Trapattoni pada 15 November dalam perlawanan persahabatan menentang England. Gol ini merupakan gol tunggal beliau untuk pasukan kebangsaan Itali.

Gattuso bersama penyerang Perancis, Thierry Henry dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2006 antara Itali dan Perancis.

Gattuso salah satu tonggak utama Itali yang bergelar juara dunia selepas Piala Dunia 2006. Gattuso dipilih Pemain Terbaik Perlawanan dalam aksi suku akhir ketika menang 3-0 ke atas Ukraine.[20] Beliau dan rakan sepasukan, Andrea Pirlo membentuk jantung bahagian tengah pasukan apabila Gattuso menyokong gerakan kreatif Pirlo. Dengan itu, Pirlo menamatkan kejohanan sebagai salah pembantu jaringan terbanyak sepanjang kejohanan berlangsung manakala Gattuso berjaya membuat 31 asakan dan melengkapkan 351 daripada 392 percubaan hantarannya. Beliau turut membantu jaringan Itali ketika menentang Republik Czech dalam aksi terakhir peringkat kumpulan apabila Gattuso melakukan hantaran jauh untuk Filippo Inzaghi menjaringkan gol kedua Itali pada 22 Jun 2006. Selepas Itali menang menerusi penentuan penalti menewaskan Perancis pada perlawanan akhir pada 9 Julai,[21] beliau menanggalkan seluar pendeknya lalu berlari ke seluruh padang sambil memakai seluar dalamnya sehinggakan pegawai-pegawai FIFA memaksanya memakai seluar pendeknya semula. Beliau dinamakan Pasukan Bintang Pilihan atas persembahannya sepanjang kejohanan berlangsung.[22]

Di bawah kendalian Roberto Donadoni yang membimbing Itali dalam kempen Euro 2008, Gattuso beraksi pada perlawanan menentang Belanda (tewas 0-3) dan Perancis (menang 2-0) dalam aksi peringkat kumpulan[23] tetapi beliau digantung bersama Andrea Pirlo pada perlawanan suku akhir menentang Sepanyol yang berkesudahan Itali tewas 4-2 menerusi penentuan penalti selepas terikat seri tanpa jaringan.[24][25][26]

Pada 19 November 2008, beliau melakukan kemunculan pertamanya sebagai kapten pasukan Itali dengan mengambil sarung lengan kapten Fabio Cannavaro selepas Cannavaro bergerak ke bangku simpanan pada minit ke-61 ketika perlawanan persahabatan menentang Greece. Walaupun Gattuso mengalami kecederaan lutut serius, jurulatih Marcelo Lippi tetap memasukkan beliau ke dalam skuad Piala Konfederasi 2009 dan menyaksikan Itali terpaksa pulang awal selepas tersingkir pada pusingan pertama kejohanan.[27]

Pada Jun 2010, Gattuso mengumumkan beliau akan bersara dari beraksi pada perlawanan antarabangsa selepas kejohanan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.[28] Beliau beraksi pada perlawanan menentang Slovakia yang merupakan perlawanan terakhir Gattuso untuk Itali. Keputusan 3-2 memihak kepada Slovakia sekali gus Itali tersingkir awal pada edisi kali ini.[29]

Statistik

Pasukan kebangsaan Itali
TahunKmnclnGol
200061
200130
2002100
200340
200490
200580
2006100
200760
200890
200950
201030
Jumlah731

Gol antarabangsa

[5]

#TarikhLokasiPasukan lawanSkorKeputusanKejohanan
115 November 2000Turin, Itali England1–01–0Persahabatan

Rujukan

WikiPedia: Gennaro_Gattuso http://www.cbc.ca/sports/soccer/france-italy-domin... http://espnfc.com/news/story/_/id/1102130/gennaro-... http://espnfc.com/news/story/_/id/1563036/giuseppe... http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competi... http://www.fifa.com/tournaments/archive/confederat... http://www.fifa.com/tournaments/archive/tournament... http://www.fifa.com/worldcup/matches/round=9741030... http://www.fifa.com/worldfootball/clubfootball/new... http://www.fifa.com/worldfootball/statisticsandrec... http://soccernet.espn.go.com/player/_/id/11880/iva...